Wednesday, 25 January 2012

It's been a while..

Hurm! Lamanya tak update blog ni.


Sesungguhnya minggu-minggu terakhir pregnancy ni banyak masalah aku alami. Aku menjadi teramat letih. Selepas satu penyakit, satu penyakit lagi aku alami.


Dua minggu sudah, aku mengalami sakit kaki yang amat teruk. terasa seperti tak dapat lagi aku menanggung berat baby dalam perut ni. Berberapa hari selepas itu, sakit aku yg sedia ada Lumbar Prolapsed Intervertebral Disc (PID) kesakitannya amat terasa. Sehingga baru ni, aku dimasukkan ke hospital bila aku sudah x dapat tahan lagi sakit nya..... Aku terpaksa bmalam di hospital selama satu hari. Doktor cuma menjalankan Light Physio dan aku dibenarkan keluar sehari selepas itu.


Dua hari selepas itu, aku pergi buat routine check-up. Bila sampai turn aku, doktor pun check la... berat, tekanan darah, sugar level and pergerakkan baby dan jantung baby. Alhamdulillah... semua ok. Tp masa diorang scan jantung baby, jantung baby punya heart beat shoot sampai 175 to 180. Dengan segera mereka refer aku ke Maternity Hospital. Bila sampai di sana, doktor check jantung baby tidak lg 175 keatas. Tetapi doktor kata, dia nak monitor dan buat scanning. Jadi sekali lagi aku terpaksa bermalam disana. Aduh!!!Aku mula menjadi resah. Aku bertambah down. Perasaan bercampur aduk datang kembali. Risau, down, frust... Sedih dengan semua kesakitan dan complication yang aku alami. Walau bagaimanapun... doa ku pada yang maha mengetahui... masih lagi belum putus. Aku solat and berdoa... agar allah beri aku kekuatan disaat itu. disaatku sudah hampir berputus asa. Selama 36 minggu aku bertahan.. aku panjatkan doa... Cuma ada 4 minggu lagi untuk aku hadapi saat kehamilan ini... Ya allah... kuatkanlah iman hamba mi ini... ringankanlah segala kesakitan yang aku alami ini.

No comments:

Post a Comment