Nur Lidiya Fatini Dia dilahirkan pada 17 Sept 2001 Mengandungkan lidiya banyak dugaan aku dapat.. Aku menjadi kurang sihat. Pada kandungan berusia 6 bulan, aku mengalami Campak. Doktor mahu aku gugurkan kandungan aku, sbb peratus agak tinggi jika ibu mengandung kalau terkena campak, dia akan mengakibatkan kecacatan bayi. Doktor pantau kandungan aku, setiap minggu aku mesti pergi hospital buat scanning. Alhamdulillah... Bayu dalam jandungan aku selamat. Nampak semua normal. Lidiya ... Hurm!! Dia adalah seorang anak yang ingin tahu... semuuuuua benda dia nak tahu. Dan perangai dia terlalu berbeza dengan abang dia. Dia seorang yang sangat ceria, seorang yang talkative, seorang yang ingin mencuba segala perkara. Dia juga sangat creative. Sukakan kraftangan.
First gift box
lidiya buat sendiri ni......
Hurm!! aku selalu lupa yang Putri ku ini sudah semakin membesar.. Aku mahu selalu anak ku ini nampak kemas, terurus. Bila aku tanya kenapa baju nampak x kemas... Dia nnt jawab "Lidiya pakai singlet la mama" Aku nnt balas... "Kenapa pakai singlet?" Matanya cuma melihat aku, tidak berkata apa-apa sbb malu nak explain depan abang and abah dia.. akhirnya aku faham. Aku cuma jawab, "O.. Okay.. okay". Aku faham anak ku semakin membesar, dia sudah nak jadi remaja.. tetapi.. aku selalu rasa dia seperti lidiya yang selalu berlari2 lagi.. sperti baby... Hais!! Dah nak anak dara dah anak ama ni. Apapun Lidiya... Mama always sayang Lidiya...



No comments:
Post a Comment