Sunday, 8 January 2012

Ngidam Rokam!!! :O

Ramai orang kata dan semua orang tahu... Anak adalah rezeki yang diturunkan dari Allah.... Dan kita mesti bersyukur bila masa kita dikurniakan zuriat...

Begitulah aku, siapa sangka, selepas sebelas tahun pencen, aku masih boleh memberi zuriat pada suami aku walau aku sudah keguguran dulu.... Kali ini, kandungan aku bertahan, Dan sekarang sudah mencecah minggu2 terakhir sudah.

Ya!! orang ramai atakan pada aku... Masa awal pregnancy tu ramai org terkejut bila tahu aku pregnant. Adalah kata2 yang tak menyenangkan.... tak kurang juga dengan kata pendorong."Ni memang rezeki hang la.... jaga la elok2. Manatau anak ni penyinar keluarga u all. Murah rezeki u all..." Itulah kata2 kawan-kawan dan keluarga aku dari dulu sampai sekarang bila ada yg dah lama jumpa tak jumpa.

Pregnancy aku kali ni memang banyak ragam. Dulu aku mengandung, sekali pun tak pernah muntah, tapi kali ni, aku alah teruk. Muntah dan tak lalu makan. Dulu pun, nak kata mengidam... xde la sangat, semua under control. Tapi kali ni, Ya allah.. Tahap mengidam aku hanya tuhan yang tahu. Ingat lagi aku 1st benda yang aku nak makan sangat2.... Aku nak makan Tempek Nyok cicah ngan gulai.. Fuh!! Terus aku telefon mak bagitau, "Mak... nnt masak gulai na... pastu petang ilah nk makan tempek nyok. Mak buat sat na?" Mak aku mengiyakan saja. Hati gembira sanghat. Petang balik kerja terus aku shoot p rumah mak aku. Memang lega dapat makan walaupun sekeping. Aku rasa itulah kali pertama rasa mengidam tahap dewa-dewa... Lepas tu.. banyak benda aku mengidam... Tp yang best nya.... apapun aku nak syukur alhamdulillah dulu. Apa saja aku teringat or tringin nak makan mak aku mcam tahu-tahu saja. Dia mesti masak benda yang sama... Aku ni macam budak2 yang dapat mainan kan.. seronok gila la aku.... So... Apa saja aku teringin nak makan, boleh dikatakan petik jari saja.... semua ada. :D. Memang rezeki baby Mia ni.... Tp makanan kegemaran aku sepanjang mengandung ni... Pedas.. Makanan mesti pedas2. Huhu!!1 mesti baby ni garang nnt.. heheh....

Aku rasa aku dah puas makan. Semua aku dapat. Tapi baru-baru ni... Entah macam mana aku teringat nak makan buah rokam... Rokam mentah!!! Dalam kepala aku "Allah huakbar, mana nak cari ni" Sebab aku tau, pokok dia memang susah nak cari... Dok teringat sampai hari ni. Masih belum dapat... Dok teringat nak makan ngan macam masa sekolah dulu. Tumbuk cili sikit, letak sikit garam, belacan and gula, Tumbuk sikit buah rokam tu bagi lembut, kemudian boleh la makan... Fuh!! terangkat tu... Aku rasa, kali ni, memang susah. Tp Insyaallah... aku nnt jumpa kan....


Inilah rupa buah rokam yang saya terjumpa dalam web... Fuh!! tengok pun dah terliur...


No comments:

Post a Comment