Wednesday, 25 April 2012

This is it....

Sharp 12midnight... I start my fasting for tomorrow operation. Aku berdoa.. tidak henti. Aku xdapat tidur dengan nyenyak.. Aku xtahu kenapa tetiba aku rasa sedih. Aku sms hubby.. mohon ampun dan maaf. "Insyaallah.. besok selepas operation kita akan berjumpa" Itulah sms terakhir aku pada suami aku.

Tidur aku x selesa. Pukul 6 aku bangun pergi bersolat subuh. Doaku agak panjang kali ni. Pukul 7 pagi, aku siapkan diri aku. Aku pergi mandi, sbb doctor akan datang melawat pukul 8. Hatiku bertambah bedebar. Tepat pukul 10, diorang datang ambil aku. Aku dibawa ke operation room di hospital GH. Aku hairan la jugak. Jd aku tanya nurse sebelah aku. "Nurse, kenapa saya dibawa ke GH bukan di Maternity Hospital Operation room? Nurse tu jawab "Harini ada 2 emergency kes, so kes yang x serius mcm you, diorang hantar ke GH" Jd pahamlah aku.

Sampai kat sana.... Dada aku semakin kencang. Ya allah.... selamatkan bayi ku dahulu kalau ada apa2 masalah... Berilah dia peluang untuk melihat dunia ni..... Sampai kat sana aku aku diletakkan di bilik menunggu, sementara selesai satu kes kat dalam bilik operation tu. Seorang doctor datang memperkenalkan diri dia sebagai Dr Ravi. Dialah nnt akan menjadi ketua doktor sepantang proses pembedahan nnt. Kemudian datang doc biur. Dia explain dia nnt bg spine injection di Level 1 atau level 2, sbb... masalah tulang aku yg rosak level 4 dan 5. Agak lama juga aku menunggu dalam bilik tu. Gelabah aku dibuatnya. Gelabah pun aku masih boleh terlelap juga. Mungkin sbb aku x cukup tidur semalam. Tiba2 satu nurse lelaki datang kejutkan aku.. "Puan, kita akan tolak puan masuk kedalam ya" Aduhhhhh!! btambah debar aku ni. Sambil katilku ditolak, aku mencari jam. Jam menunjukkan pukul 11:30 pagi. Oho!!Kenapa aku begitu takut, sedangkan ini kali ketiga aku buat C-sac... Ya allah.... selamatkanlah semua nya....
Masuk dalam bilik tu, mataku bergerak keserata penjuru bilik. Bilik yg ramai dengan nurse dan penolong. Bilik yang penuh dengan equipment pembedahan... Aku cuba tenangkan diri aku. Mulut tak henti membaca doa taubat (Doa Yunus)
Sekelip mata, tangan dan badanku penuh dengan wayar. Nak explain pun tak tau wayar apa.. Kat jari pun ada 3 4 wayar. 10 minit kemudian datang doc nk bius tulang belakang aku. Allahuakbar... yang ni la paling menyakitkan... proses ni lah yg paling aku takut... sbb sakitnya... teramat sangat.


Aku di buat secara duduk.

Mereka akan masukkan jarum sampai ke tulang.

Kat atas ni lah cara2 Epidural di lakukan. 30 saat lepas aku di bius dari pinggang sehingga ke hujung jari kaki aku merasa kebas. Doktor memastikan aku benar2 kebas dengan menyentuh kaki ku dan bertanya untuk kepastian apa aku rasa yg dia sedang memegang kaki aku.Maka proses pembedahan pun bermula. Dalam keadaan sedar aku cuma boleh melihat, keliling kecuali  bahagian depan. Mendengar tapi tidak dapat gerakkan kaki. Kakiku dah kebas. Aku tahu perutku telah dibedah. Tapi sikit pun x rasa. Setengah jam kemudian aku dengar doc kata.. "Ok.. done" Apa yang done... aku x dengar suara baby pun. Berberapa saat kemudian aku dengar bb menagis tp sekejap saja. Tiba2 aku menagis. Aku nak sangat tengok baby tu, tp kenapa xde siapapun yang datang tunjuk baby aku. Selalunya lepas bb dah keluar, nurse akan datang tunjukkan baby lelaki atau perempuan. Aku blur sekejap, tp mengingatkan bb dah selamat aku sabar saja. Nnt aku dapatlah melihat anak ku itu.

Proces mengeluarkan baby tu sekejap saja.... tp proses selepas mengeluarkan baby tu yang lama. Sekarang tiba saat process mencuci dan process mengikat rahim. Aku dinasihatkan doctor semasa sebelum pembedahan 2 minggu lalu, rahimku harus diikat kerana aku sudah 3 kali dibedah daan disebabkan tulang belakang ku sudah tidak lagi stabil, demi keselamatan aku terpaksa mengikut. Almost 2 hours later baru semua settle. Selepas settle aku diletakkan dibawah lampu haba. Bg menstabilkan suhu badan sebelum dihantar pulang ke wad. Aku seperti tak sabar mahu melihat baby aku. Sementara menunggu tiba-tiba aku terlelap. Mungkin sebab ubat yg dimasukkan td masa operation.



 

Thursday, 5 April 2012

Persiapan sudah...

Jumaat/10hb Feb 2012

Semua persiapan untuk anak2 semasa aku berada di hospital nnt telah akusediakan. Baju sekolah, buku sekolah, baju harian, papers Irfan semua sudah tersedia. Pukul 7 aku hantar Lidiya kesekolah, terus aku hantar Ikhwan and Irfan kerumah mak aku. Tepat pukul 7:45 aku bertolak dari rumah aku ke hospital. Perjalanan aku diiringi dengan doa dihati agar semua akan berjalan lancar nanti. Aku terpaksa pergi sendiri sbb nak save cuti suamiku nnt bila aku bersalin. Perjalanan ke hospital agak jammed. Maklumla, waktu semua keluar kepejabat. Tapi alhamdulillah... 5min ke pukul  9 aku sampai hospital dengan selamat.

Aku masuk ke wad setelah selesai membuat pendaftaran. Samapai saja aku kekatil, nurse datang check tekanan darah. 5 minit kemudian doc datang buat rondaan. Sedikit penerangan doc beri pada aku. tentang apa proses selanjutnya sebelum operation besok. Doc check tahap kesihatan aku. Keadaan tulang belakang aku, jantung aku, gerakkan baby aku. Doctor tu explain juga apa complication yg mungkin ada semasa operation nnt dan selepas operation. Hurm!! byknya complication... Takut memang ada... tapi semua aku berserah pada allah. Insyallah semua akan berjalan lancar.

Setelah selesai ngan doc tu, datang pula lagi satu doctor. " Saya doktor yang akan menjalankan proses bius esok. So esok, kita akan start buat operation dalam pukul 10pagi. Sebelum itu, start malam ni pukul 12mlm, awak mesti berpuasa"

Erm!! Kena puasa dah malam ni. Aku agak lapar time tu, tapi x leh makan lagi sbb belum settle lagi. Selepas doctor dah ceramah, datang pulak nurse nak ambil chart gerakkan jantung baby. Tu ambil masa 30 minit. Aku teringat, apa un aku tak update hubby aku lagi selepas aku sampai hospital. Telefon txt dok masuk bertubi2, mesti suami aku yg risaukan aku. Xpe2... lepas ni aku update.

Selesai ambil graph tu, aku pun txt la suami aku, update status aku dihospital.

Tuesday, 3 April 2012

Susah sakit ku.... dilihat yang maha berkuasa... Aminnnn

Aku sengaja ambil cuti awal. Walaupun tarikh untuk membuat pembedahan pada 13 Feb 2012. Kesakitan yang aku alami... begitu berat untuk aku terus bekerja. Terpaksa aku ambil cuti awal.



Sesungguhnya aku memang tak sabar menunggu 13hb. Aku seperti dah tak mampu lagi menahan kesakitan kaki aku. Sesungguhnya doaku allah dengari.... Pagi Rabu 8hb Feb aku terima panggilan daru Hospital bunyi dia macam ni
Doc : Puan Norazilah, saya buat panggilan dari Gyne Hospital.
Aku : Ha.. okay...
Doc : Saya nampak dalam record planned operation on Monday 13hb kan?
Aku : Ha.. yup...
Doc: Nak tak kalau saya slot Puan masuk operation Friday or Saturday?
Aku : Ha!! boleh ka?
Doc : Boleh. Puan nak pick which date?



Dalam hati aku bersyukur tak henti2. Tapi aku teringat......... anak2 aku x pack lagi barang untuk bawa rumah mak aku. Aku terdiam kejap.



Aku : Hello miss, Doc cakap okay ke kalau saya operate awal?
Doc :Errr.. Sayalah doctor.
Aku : Ops.. sori2. Ok. Kalau macam tu, boleh tak doctor call balik dalam 5min macam tu. Sbb saya nk fikir nk buat arrangement tuk anak2 saya yang lain.
Doc : Ha.. okay. Nnt saya call balik.



Setelah dah bincang dengan hubby... buat arrangement ngan anak2.. call mak... aku pun pilih date.



15 Minit kemudian...



Doc : Puan, Saya doc Yeap yang td call. Macam mana puan.
aku : Okay. saya pilih 11hb untuk buat operation.
Doc : Okay Kalau macam  tu, Hari jumaat puan kena datang wad, admit in the morning. U must be at ward before 9am.
Aku : Okay..



So aku dah pilih date 11hb untuk bersalin. Memangla kalau ikut hati, nk saja aku operate hari Jumaat, sbb kesakitan aku ni seperti xdapat btahan lg walau tuk berberapa hari. Tp aku harus juga btahan, nk settle anak aku yang lain juga. Aku pun ✗ nak nnt anak2 aku yang lain tak terurus. Namun hatiku terus bersyukur... sesungguhnya allah tahu kesusahan umatnya... Aku bersyukur padamu ya allah....

Its been a while....

Rindu sangat nak update blog ni.

Sudah begitu lama aku tak update page ni. Terlalu sibuk. Banyak  perkara belaku sebenarnya. Sekejap saya cerita yew....