Wednesday, 25 April 2012

This is it....

Sharp 12midnight... I start my fasting for tomorrow operation. Aku berdoa.. tidak henti. Aku xdapat tidur dengan nyenyak.. Aku xtahu kenapa tetiba aku rasa sedih. Aku sms hubby.. mohon ampun dan maaf. "Insyaallah.. besok selepas operation kita akan berjumpa" Itulah sms terakhir aku pada suami aku.

Tidur aku x selesa. Pukul 6 aku bangun pergi bersolat subuh. Doaku agak panjang kali ni. Pukul 7 pagi, aku siapkan diri aku. Aku pergi mandi, sbb doctor akan datang melawat pukul 8. Hatiku bertambah bedebar. Tepat pukul 10, diorang datang ambil aku. Aku dibawa ke operation room di hospital GH. Aku hairan la jugak. Jd aku tanya nurse sebelah aku. "Nurse, kenapa saya dibawa ke GH bukan di Maternity Hospital Operation room? Nurse tu jawab "Harini ada 2 emergency kes, so kes yang x serius mcm you, diorang hantar ke GH" Jd pahamlah aku.

Sampai kat sana.... Dada aku semakin kencang. Ya allah.... selamatkan bayi ku dahulu kalau ada apa2 masalah... Berilah dia peluang untuk melihat dunia ni..... Sampai kat sana aku aku diletakkan di bilik menunggu, sementara selesai satu kes kat dalam bilik operation tu. Seorang doctor datang memperkenalkan diri dia sebagai Dr Ravi. Dialah nnt akan menjadi ketua doktor sepantang proses pembedahan nnt. Kemudian datang doc biur. Dia explain dia nnt bg spine injection di Level 1 atau level 2, sbb... masalah tulang aku yg rosak level 4 dan 5. Agak lama juga aku menunggu dalam bilik tu. Gelabah aku dibuatnya. Gelabah pun aku masih boleh terlelap juga. Mungkin sbb aku x cukup tidur semalam. Tiba2 satu nurse lelaki datang kejutkan aku.. "Puan, kita akan tolak puan masuk kedalam ya" Aduhhhhh!! btambah debar aku ni. Sambil katilku ditolak, aku mencari jam. Jam menunjukkan pukul 11:30 pagi. Oho!!Kenapa aku begitu takut, sedangkan ini kali ketiga aku buat C-sac... Ya allah.... selamatkanlah semua nya....
Masuk dalam bilik tu, mataku bergerak keserata penjuru bilik. Bilik yg ramai dengan nurse dan penolong. Bilik yang penuh dengan equipment pembedahan... Aku cuba tenangkan diri aku. Mulut tak henti membaca doa taubat (Doa Yunus)
Sekelip mata, tangan dan badanku penuh dengan wayar. Nak explain pun tak tau wayar apa.. Kat jari pun ada 3 4 wayar. 10 minit kemudian datang doc nk bius tulang belakang aku. Allahuakbar... yang ni la paling menyakitkan... proses ni lah yg paling aku takut... sbb sakitnya... teramat sangat.


Aku di buat secara duduk.

Mereka akan masukkan jarum sampai ke tulang.

Kat atas ni lah cara2 Epidural di lakukan. 30 saat lepas aku di bius dari pinggang sehingga ke hujung jari kaki aku merasa kebas. Doktor memastikan aku benar2 kebas dengan menyentuh kaki ku dan bertanya untuk kepastian apa aku rasa yg dia sedang memegang kaki aku.Maka proses pembedahan pun bermula. Dalam keadaan sedar aku cuma boleh melihat, keliling kecuali  bahagian depan. Mendengar tapi tidak dapat gerakkan kaki. Kakiku dah kebas. Aku tahu perutku telah dibedah. Tapi sikit pun x rasa. Setengah jam kemudian aku dengar doc kata.. "Ok.. done" Apa yang done... aku x dengar suara baby pun. Berberapa saat kemudian aku dengar bb menagis tp sekejap saja. Tiba2 aku menagis. Aku nak sangat tengok baby tu, tp kenapa xde siapapun yang datang tunjuk baby aku. Selalunya lepas bb dah keluar, nurse akan datang tunjukkan baby lelaki atau perempuan. Aku blur sekejap, tp mengingatkan bb dah selamat aku sabar saja. Nnt aku dapatlah melihat anak ku itu.

Proces mengeluarkan baby tu sekejap saja.... tp proses selepas mengeluarkan baby tu yang lama. Sekarang tiba saat process mencuci dan process mengikat rahim. Aku dinasihatkan doctor semasa sebelum pembedahan 2 minggu lalu, rahimku harus diikat kerana aku sudah 3 kali dibedah daan disebabkan tulang belakang ku sudah tidak lagi stabil, demi keselamatan aku terpaksa mengikut. Almost 2 hours later baru semua settle. Selepas settle aku diletakkan dibawah lampu haba. Bg menstabilkan suhu badan sebelum dihantar pulang ke wad. Aku seperti tak sabar mahu melihat baby aku. Sementara menunggu tiba-tiba aku terlelap. Mungkin sebab ubat yg dimasukkan td masa operation.



 

No comments:

Post a Comment