Friday, 4 May 2012

The time she was born

Tidak lama kemudian aku dikejutkan oleh seorang nurse. "Puan, Kami akan bawa puan balik ke wad ye" aku mengiyakan sahaja. Dalam perjalanan ke wad, aku berjumpa suami aku yg sedia menunggu aku di ruang luar bilik pembedahan. Tiba2 aku berasa sayu melihatkan suami aku. Sayu kerana. Allah masih panjangkan umur ku untuk aku bersama suami aku... Alhamdulillah.

"Abang dah tengok baby? "Belum lagi pun" balas suami aku. "Maybe nnt diorang bawa ke wad" sambung suami aku. Setiba aku di wad, aku bertanyakan nurse, "Nurse, baby saya ada dimana" Nurse tu jawab. "nnt kami bawa dia ke sini" 5 minit kemudian, aku  nampak nurse bawa baby cot dan terus ke katil aku. Disebabkan aku masih lg belum boleh gerak, aku suruh suami aku mengambil gambar.  Kemudian suamiku mengazankan Mia..  Kemudian suamiku meletakkan anak itu kepangkuan aku yg masih lg lemah untuk bergerak.


Dilahirkan pada 11 Feb 2012 @ 12:26noon.
Inilah puteri aku yang dinanti-nantikan. Ya allah ya tuhan ku...melihatnya seperti hilang segala duka hidup ku. She's so innocent. hatiku menagis. Airmata hampir menitis tetapi semua itu aku simpankan sahaja, agar suamiku tidak tahu apa perasaanku saat itu. Kehadiran yang dinanti2 kan... kehadiran yg bakal memberi cahaya... Terima kasih pada mu ya allah... kau kurniakan kami anak yag cukup sifat... dan begitu sempurna...

5 minit kemudian, dia mula menangis kelaparan. Buat pertama kali aku menyusukan Mia. Sesungguhnya terasa hatiku begitu sayu. Setiap saat aku merasa sedih. Aku tak pasti kenapa... Melihatkan Mia yang asyik menghisap susu dari tubuhku ini... dalam hati aku tanam semua niat aku. Walau apapun terjadi, walau susah sakit aku... akan ku jaga Mia, kerna hanya dialah pengarang hati ku... Hanya dialah bakal menceriakan keluarga ku. Dan dialah segala-galanya... Kehadirannya dinanti-nantikan, sejak dia berada dalam perutku, aku tahu... dialah cahaya dan dialah akan membawa kami ketenangan... Ku pilih nama "MIA AUNI QASRINA" bermaksud.... Istana Ketenangan... Insyallah

No comments:

Post a Comment