Sunday, 17 June 2012

Mia yang stress

Harini memang x de apa2 plan. Makas nak keluar sebab jerubu kat sini teruk sangat. Tapi kena jugak keluar sebab harini tak masak apa2. Si abang pun x ada dirumah jadi malas nak masak. Nak masak pun nanti sikit saja, yang nak makan tu anak2 aku dua orang tu saja... aku memang tak makan dah :) Diet la konon. Jadi kami keluar makan kat food court Gian saja la. Kat situ pun yang selesa, x panas and x susah2 dok berpanas and bejerubu kat luar.

Alhamdulillah... Mia hari ni mood dia okay saja. Sampai terlena dalam stroller tu. Dah habis makan, kami turun giant kejab beli sikit barang dapur. Dah selesai, kami pun gerak balik selepas 1 jam dalam giant tu. Sampai dirumah, ia pun bangu dari tidur,Biasala mood okay sbb dapat tidur agak lama tu.

Mia kan baru boleh meniarap, so asal letak saja dia akan meniarap... bila dah lama meniarap dia akan bebai.. Bagi dia terlentang balik, dia  meniarap balik.. Dia asyik bebai saja... sbb kalau dia meniarap, dia x pandai lagi nak keluarkan tangan dia sendiri yang tersepit tu. So dia akan bebai la kan... sampai satu tahap. Dia meniarap kami semua buat tak  tau saja... dia bebai ingat tak ingat... menangis sampai keluar air mata ni. Hehehe... Aku, abangnya dan kakak nya Mia telah mendera mia... Biar dia meniarap sampai penat. Heheheh....

No comments:

Post a Comment