Sunday, 23 October 2011

Bertambah risau...

Harini aku pulang kerumah setelah 1 hari bermalam dengan keluarga aku di sebelah pantai. Aku risau... Baby dalam perut aku ni... Kurang sangat dia begerak. Nak pi scan smua gyne tutup, sbb Sunday. Nak pergi government... Adoi!! lambat plak... Dah la tengah tak larat, letih nak travel pi Hospital plak. Mau x mau.. Aku balik, mandi sikit, aku solat. Selepas solat aku pun berdoa... Semoga Allah lindungi anak2 aku, dan anak dalam kandungan ku ini... " Sememangnya aku risau. Tapi aku cuba menyibukkan diri. Kemas rumah, cuci baju, prepare food tuk anak-anak aku... Lepas tu, aku duduk tengok TV. Sedang aku duduk rehat.. Baby mula gerak dan tidak berhenti, sampai boleh membuatkan aku nak pergi toilet selalu... sebab dia dok menekan bahagian pundi kencing aku.. Heheheh... Dia tahu keriasauan mama dia... dia kacau mama dia...

22/9/2011 - Aku pergi buat routine monthly checkup. Doctor bertanyakan jika aku ada apa-apa masalah  selama pregnant ni. Aku cakap tak ada. Tapi aku ada memberitahu, aku kerap mengalami keturunan air. Doc terkejut.. dia tanya, "Colour apa".. Aku kata la colour air le. Doktor bertambah terkejut bila aku mgatakan sudah 2 minggu ia terjadi. On and off..... :p Aku masih tersenyum. Tak tahu apa masalahnya. Doktor cepat buat surat untuk refer ke Hospital. Aku pun mula panik. Panik sbb terfikir kalau aku admit, byk keja kat umah, anak-anak nk sekolah nk settle n arrange baju sekolah. Alhamdulillah, dalam perjalanan buat dua tiga call arrangment tuk anak-anak kesekolah dah settle. Sampai hospital, bila aku tunjukkan surat, doktor pakar marah lew... ;) "Kenapa after 2 week baru u bgtau!!" Mana saya tau doc, saya tak sakit, jd saya tunggu sampai hari check up saja la" Doc kata "No.. U cannot do that, U cannot wait, this could be your water bag burst already. But nevermind, we do the scanning, later we know ya"
Selepas berberapa minit, doctor panggil buat scanning. Satu conversation aku dengar sesama doctor. Dan berita itu buat aku mula rasa tak selesa. "Ok Puan... Kami akan letakkan puan under observation, for hor how long we all pun x tau lagi. So puan kena admit here so that we can monitor from time to time.. as from what we scan just now the water bag is getting less. We want to see if the water still cameout, you have to let us know, we want to know is it really a water from water bag" Bila aku bertanyakan apa penyebabnya.. doktor kata mb sebab byk movement atau mg sbb dulu pernah keguguran.
Hari demi hari... aku di hospital, tapi satu titik air pun x turun. Hairan. Mb sbb aku memang kurang gerak. Duduk n baring ja atas katil tu. Masuk hari keyiga aku disana... Docktor buat scanning dan doktor mengatakan, ada improvement sikit saja. Dan diorang nak tengok lagi besok.

Keesokkan harinya (Hari keempat di hospital) doctor kata aku boleh pulang.. Dengan syarat, lain kali walau sedikit air turun aku kena cepat ke hospital. Alhamdulillah, Baby semua sihat, doctor kata baby tak ade masalah langsung, cuma hairan kenapa boleh turun.. Menurut doktor, air kena cukup, tak cukup air baby tak cukup oksigen. Lagi satu doc pesan jugak, monitor pergerakkan bayi.

No comments:

Post a Comment