Sunday, 16 October 2011

Tertanya-tanya ?!@#%

This will be the last... if it's not meant to be with me...Aku Redha... Dengan izin allah... semua akan berjalan dengan lancar...

Suddenly I remember, "Oh! No!.. I miss my period. Nak kena pergi beli pregnancy test la balik nnt..
On the way back from office, aku stop dekat satu farmasi. semasa perjalanan tadi, bermacam-macam masuk dalam fikiran aku. Jika benar aku pregnant lagi, adakah aku mampu untuk melalui kembali ke zaman "NEWLY MOTHER" again?Sbb sebelim ni memang aku mahu sangat mengandung lagi, tetapi setelah keguguran anak kembar aku, aku menjadi begitu frust. The feeling to have the baby before are totally different to the feeling I have this time.

Sebelum ni aku pernah bagitahu suami aku... "Abang, ilah memang nk baby, tp Ilah tak sure" Suami aku faham dengan maksud aku. Pertama sekali aku takut aku akan keguguran lagi. Kedua, aku takut penyakit tulang belakang aku akan menjadi lebih teruk. Ketiga, masa... apakah nnt aku menjadi lebih sibuk... Keempat $$$$$. Hem... Yg tu aku x pasti.

Semua ini telah dibawa berbincang dengan suami aku. Seperti biasa suami aku dengan tenang... " X ape sayang... Dengan izin allah, everythings going to be ok. But if this time betul ada, kalau nak.. kita teruskan. Kalu betul rasa xmampu, kita terpaksa relakan dia pergi." Hem!! Aku bukan apa.. aku x mahu juga nnt keghairahan mengandung tu hilang lagi... spt masa aku mengandungkan kembar aku... Aku frust.. baby kembarku hanya btahan selama 3 bulan dalam rahim aku... the excitment seperti diragut begitu sahaja... Aku takut...  :(

First scanning result... " Congrats Puan, You actually got twins" Kata doc Lau.. OMG!!! Gembira x terkata.... :D

Kegembiraan semakin pudar... Hanya satu menampakkan pekembangan... satu lg tidak membesar... Tp Allah maha berkuasa... 3 Minggu selepas hari itu... Akhirnya.. Kedua2 mereka tidak dapat diselamatkan lagi .... :'(( Aku redha walau dalam keadaan amat pasrah...

Poooon..... Kereta belakang aku membunyikan hon sbb aku tidak mula memandu bila lampu sudah bertukar hijau. Hais!! Tersentak aku dari lamunan.

No comments:

Post a Comment